Senin, 12 Januari 2009

Hukum Dalam Islam (Metodologi Pembinaan Hukum dalam Islam)


Dengan asas-asas yang kokoh dan tujuan yang jelas, Islam membina hukum-hukumnya melalui satu metodologi yang dikemas dan teratur. Pembinaan hukum di dalam Islam mengambil langkah langkah berikut:


1. Meneliti dalil-dalil pada Al-Qur’an dan As-Sunnah
Penetapan suatu perkara untuk mendapatkan hukumnya, .hendaklah yang dilakukan pertama kali adalah dengan meneliti dalil-dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah. Sekiranya ada terdapat dalil-dalil yang berkenaan, maka ketetapan hukum terhadap perkara tersebut adalah ketetapan yang dibuat oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah. Tidak ada boleh ada perubahan dilakukan karena Al-Qur'an dan As-Sunnah telah menetapkan hukum terhadap suatu perkara.
2. Meneliti Ijma' yang telah berlaku
Apabila perkara itu tidak terdapat hukumnya pada dalil-dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka hendaklah diteliti hukum-hukum terhadap perkara-perkara yang telah menjadi ijma' di kalangan ulama Islam sejak dahulu hingga sekarang. Sekiranya di sana terdapat ijma' sarih, maka perkara itu dianggap sebagai hukum yang wajib dipatuhi. Apabila di sana terdapat ijma' sukuti maka hujjah-hujjah disekitar membahaskan perkara tersebut boleh dijadikan salah satu dari bahan untuk membuat ijtihad.
3. Berijtihad
Setelah diteliti ketiga tiga sumber di atas dan tidak terdapat ketentuan hukum terhadap perkara yang dihadapi, maka jalan yang terakhir ialah dengan melakukan ijtihad. Dasar kepada ijtihad adalah untuk mencari hujjah yang bersesuaian serta tidak terkeluar dari syari'at Islam secara keseluruhannya.
Landasan utama metodologi pembinaan hukum yang ditetapkan oleh Islam adalah dengan tujuan agar hukum-hukum Islam sentiasa tegak di atas dalil-dalil dan hujjah yang jelas dan kuat. Melalui cara ini Islam terus kokoh berdiri di zaman Rasulullah s.a.w ataupun selepas kewafatannya. Penerusan Islam tidak bergantung kepada hadirnya Rasulullah s.a.w bersama umat manusia di setiap zaman yang mereka lalui. Tetapi penerusan Islam adalah dengan menghidupkan dalil-dalil dan hujjah-hujjah yang telah diasaskan panduan dan pendekataannya oleh Rasulullah s.a.w.
Ruh ini bersandarkan kepada apa yang diperakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w kepada Mu'adh ibn Jabal ketika dia diutus untuk menjadi Wali di Yaman
"Bagaimana kamu memutuskan apabila datang kepadu sesuatu perkara?". Mu'adh menjawab: "Aku putuskan berdasarkan Kitabullah, jika aku tidak memperoleh (hukumnya daripada Kitabullah), maka aku putuskan berdasarkan kepada Sunnah Rasulullah, jika aku tidak menemukan (hukumnya dalam Sunnah Rasulullah), maka aku berijtihad dan aku tidak akan mengabaikannya". Lalu Rasulullah s.a.w menggosok gosok dada Mu'adh seraya berkata: "Segala puji bagi Allah yang memberi tauftq kepada utusan Rasulullah kepada sesuatu yang diredai oleh Rasulullah." (Ahmad, Abu Dawud)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Template by : kendhin x-template.blogspot.com